Sabtu 29ramadan
bersamaan 19sep2009 sampai sg tiang jam130 pm. Giliran raya d sana pula. Menjelang petang Leh (pakcik),Badin(paksu) dan Yeh(uncle)sampai bersama keluarga masing2. Hampir maghrib Zuhrin dan dua2 Wa sampai pula.Kami semua berbuka puasa terakhir untuk tahun ini bersama2. Kesemua yg berhimpun ada 34 orang. Minah(maklang) sakit dan terpaksa beraya d Melaka bersama anak2nya. Lijah(maknjang) pula ke Melaka dulu beraya d sana dgn mertua. Eja dan Hawa dgn anaknya bertolak dari Putrajaya selepas sembahyang raya d sana, malam tu dia kerja. Dia terus ke sg tiang. Begitulah perancangannya.
Pagi raya(ahad)
selepas makan sikit2 ramai2 ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Balik ke rumah sebentar dan beramai2 ke pusara ayah bonda mendoakan kesejahteraan mereka d sana.Sepanjang hari hanya berada d rumah.Mulanya nak ke rumah pakdin tapi celah2 tu orang lain p dulu,nak ke rumah maktih dia pula takdak d rumah.Masa cepat berlalu,jam 11malam eja ngan hawa dan raina sampai.Terpinga2 budak tu,1st time sampai.Malamnya rumah penuh sesak,tidur lintang pukang.Raina entah pukul berapa dia lelap tidur.
Raya kedua(isnin)
jam 10 Yeh n family bertolak balik ke Penang coz malamnya depa nak ke Ipoh pula.Sejam kemudian Badin n family pula menyusul,depa pun nak ke Melaka pula tapi balik Kulim dulu.Eja mula demam kerana tak cukup tidur agaknya.Celah2 tu dan juga p beraya rumah pakdin dgn Leh.Lepas asar Leh n family pula balik sg petani sebab esoknya depa nak balik Trengganu pula,begitulah bila ada keluarga,kena ejas bagi semuanya kena.Eja demamnya semakin teruk,panas semakin kuat, keputusan d buat kena bawa p klinik juga.Hawa bawa kereta dan kami semua terus bergerak balik.Depa sg tiang rasa sayu sebab kami cepat balik.Apa nak d buatkan sebab eja raya keempat dah nak balik.D Pendang semua klinik tutup.Lepas sembahyang maghrib dekat petronas d situ kami bergerak dan singgah d klinik rakyat Langgar.Kerana terlalu panas air terpaksa d drip.Satu jam juga d situ.Kiah naik dgn depa sambil jaga raina,adik dan ana silih berganti tumpang sekaki.pijah minat kereta lama saja.Jam 11malam sampai d rumah.
Raya ketiga(selasa)
tak banyak aktiviti,eja masih demam.Petang dan juga p beraya rumah bang yob dan rumah chu d kampung guru,kecuali eja yang lain semua p termasuk makcik depa.Malam anis mai dgn khairi dan thaqif.Aktiviti lain tu melayan raina bersama ana,ijah,adik dan tuk dia. Hawa nampak seronok raya d sini.
Raya keempat(rabu)
paktam dgn gen2 bawa mah,linda,nurul,Zuhrin dan anak2 dia mai.Turut serta maknjang,din dan anak2 serta tuktom untuk pertama kali sampai d sini.Celah2 tu Eja,Hawa dan Raina terpaksa berangkat balik ke Putrajaya kerana esok kerja.Jadi tinggallah kami bertukar2 fikiran dalam banyak hal. Seronok bila dah ramai.Lepas makan nasi dan rehat2, jam 630ptg depa beredar ke mergong pula agaknya,ke rumah kak kut.Malam p raya rumah na dekat kg bakau.Dia jamu bihun dan kuih raya.
Raya kelima(khamis)
Pagi p ambil maria kawan ana d stesen bas. Jam10 p ziarah kubur mertua dgn kiah, semoga Allah menempatkan mereka d kalangan orang2 beriman,amin. Kemudian ke hospital ambik ubat kiah. Lama juga tunggu , orang ramai lah katakan. Petangnya Alyani dgn Khairunnisa kawan adik mai beraya.Depa duduk sampai petang.Depa mai sambut hari jadi adik sama. Itulah sebuah persahabatan yg baik.
Raya keenam(jumaat)
ingat nak p kebun sat tapi tak jadi.Jam 1130am pak chin telepon kata kak miah bini dia dah meninggal.Terkejut juga sebab dua minggu sebelum tu duk sembang elok saja dgn dia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kak miah,amin. Lepas solat jumaat hantar adik p tusyen. Ana, pijah dan maria p rewang2 kat kangar. Kami terus p ziarah bini pakcin d ulu pauh. Balik dari pauh p kangar ambil depa dan p beraya rumah Ila, sampai magrib juga d situ. Kemudian ke rumah Edah pula. Nak p rumah bang mi dia takdak d rumah.
Raya ketujuh(sabtu)
pagi p raya rumah pak lid sat.Lepas asar hantar ana dan maria balik uum.Malamnya jam11 pijah pula balik upm.Tinggallah kami bertiga balik asal seperti biasa,saya,kiah dan eda. Kesunyian kembali terasa. Begitulah putaran kehidupan. Semoga ana dan pijah belajar dgn tekun d uum dan upm dan d lindungi Allah dari segala gejala yg tidak elok dan menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam yg baik,amin.
Kepada eja, hawa dan raina semoga mereka hidup berbahagia aman damai. Kepada adik teruskan usaha belajar sampai ke Jordan. Kiah mula kerja balik lusa dan kebun akan menerima kembali tuannya lusa juga, InsyaAllah.
Bertemu kembali setahun dari sekarang.Wassallam.
bapa buat pandai
ReplyDelete