Tuesday, November 17, 2009

BANJIR AHAD 8NOV09-PERLIS

Nov 2005  air penuh dalam ruang tamu bawah. Kami tiada dirumah sebab menghantar Linda dan Nurul masuk UITM di Perak. Dua kereta PU4010 danAAQ2220 penuh dimasuki air. Hampir seribu ringgit dibelanja untuk ganti clutch.


Jalan Santan depan rumah


Kini banjir datang lagi dan perlu berhati2 takut perkara sama berulang kembali. Tambahan pula Tajudin tumpang letak kereta anaknya Fazira disini seminggu kerana mereka balik Perak. Masa mereka sampai pada 7nov09 pun air dah penuh longkang dekat jalan besar depan rumah. Ahad 8nov09 air semakin naik dan naik. Jalan Santan depan rumah macam pesta main air. Budak2 muda mundar mandir dengan motosikal, bugitu juga ada yang berkereta tanpa melepaskan peluang meronda. Bebudak kecil basah kuyup main air. Yang menariknya air pun jernih. Cuma semakin keruh bila ianya semakin kehilir kearah jalan Arau/Kangar.


Kami berdua(bersama adik) tak lepas peluang tumpang meronda. Adalah ambil gambar  beberapa keping termasuk yang diatas. Sampai dekat Taman Putra Putri hujan turun sangat lebat. Terpaksalah kami berteduh bawah gerai jual nasi lemak Aisyah anak Pakmid. Bila reda sikit kami pi rumah Idah. Air paras lutut dalam rumahnya. Malam tu mereka semua tidur di rumah Anis di Taman Sena. Selepas Isya kereta Fazira, Charade dan AAQ dipindahkan kekawasan surau belakang rumah untuk mengelak sebarang kemungkinan.


Beberapa rumah yang rendah dimasuki air termasuk Putra Putri Lodge yang baru saja dibuka untuk operasi sulungnya. Dulu rumah 10 pintu ini di buat sewa seperti biasa. Difahamkan semua rumah di Taman Putra Putri ini tidak lagi disewa dan akan juga dijadikan Lodge. Taman ini Milik anak beranak DYMM Raja Perlis.


Putra Putri Lodge


Pagi isnin 9nov09 air membanjiri jalan masuk kerumah. Longkang keliling rumah pun dah dipenuhi air. Adik dan Kiah terpaksa ikut jalan belakang ke sekolah dan pejabat. Kawasan garage sempat dibersihkan  menggunakan air banjir yang banyak. Lewat tengahari sempat juga pi kebun. On the way didapati air sungai Repuh melimpah, sebelah kiri jalan hala ke Arau dipenuhi air dekat Tanjung Gorah. Kampung sebelahnya terjejas juga.


Petang air mulai surut tapi jalan besar depan rumah masih tak boleh dilalui. Mujur surut, kalau tidak jenuh sinting lengan berdepan banjir.


Hari selasa jalan besar dah boleh dilalui. Kereta2 yang diletak dibelakang dibawa masuk semula ke garaj. Pokok betik yang berbuah lebat tumbang  kerana tanah lembut. Buahnya sedap. Ada beberapa biji yang dah tua. Beberapa biji diberi pada makcik Bada dan Kak Seniah.


Itu lah banjir. Seronok ada, risau pun ada. Dan beberapa hari berikutnya cuaca tidak menentu, sering sahaja hujan. Ada kawasan yang dua kali dinaiki air. Cuaca semakin baik semasa Aidiladha dan hari2 berikutnya.

Friday, November 13, 2009

Hai Raina-12 bulan dah kamu


Esok 14nov2009 genap 1 tahun cucu ku Raina. Selamat hari jadi Raina. Ni Maksu pun nak ucap selamat hari jadi. Ni Makngah pn sama gak..hepy besday Raina ..Maktuk pun ucap selamat hari jadi Raina. Maklang duk disana dah. Dia boleh lah dukung Raina.


Maklang duk buat apa di situ. Semalam Wan pi ambil Makngah di UUM. Dia dah habis pereksa sem ni. Hujan lebat sungguh masa dalam perjalanan pi ambil dia. Kawan dia ikut sama. Barang2 Makngah dekat setengah tongkang. Depa nak duduk pun susah. Nasib baik Maktuk dengan Maksu tak pi sama.


Tadi kami pi tengok adik Thaqif. Dah 40 hari pun dia. Cepat masa berlalu. Banjir baru2 ni Thaqif duk berenang rumah Maktuk dia yang masuk air paras pinggang. Rumah wan air tak masuk, cuma setakat longkang saja yang penuh. Wan ada ambil gambar tapi tak tau nak masuk dalam blog ni. Wan tunggu Maklang balik dan dia boleh ajar nak buat macam mana. Nak buat blog pun dia yang ajar.


Raina duk merangkak bawah meja lagi ka. Duk main pondok2 kut disitu. Esok mak Raina pakaikan baju baru lah untuk Raina. Dari jauh Wan, Maktuk, Makngah dan Maksu ucapkan sekali lagi selamat hari jadi, didoakan semoga sentiasa sihat dan berbahagia bersama bapa dan mama Raina. Amin.

Monday, October 26, 2009

Orang luar

Sekarang jam 1038 malam 26okt09. Sambil2 duk tengok 3 Abdul teringat juga nak menulis tetapi belum ada idea. Nak tidur pun dengan umur sekarang ni memang tak akan lena punya. Mau tak mau kena lah juga perah otak cari benda apa nak tulis.


Teringat peristiwa sedih Mat Afrika yang dera/cabul budak 3 tahun sampai mati di Kuala Lumpur baru2 ni. Emak budak tu yang gatal dan bersekedudukan dengan buah hati blacknya itu pada mulanya membuat lapuran palsu ternyata  gagal dan turut dipertanggungjawabkan. Itulah bila nafsu menguasai diri akhirnya ada yang mati.


Kisah PATI dan yang memasuki negara menggunakan pas belajar dan sosial pun perlu di beri perhatian yang serious oleh pihak berkuasa. Jangan nanti bila apa2 terjadi keatas diri sendiri atau saudara mara tersayang barulah kita melenting. Mat Afrika diatas baru berumur 24 tahun dan datang sebagai pelajar. Tapi difahamkan jarang kekelas. Kerjasama IPTS khususnya dalam memantau tingkah laku pelajar luarnya setidak2nya dapat membantu. Jangan lah memikirkan keuntungan semata2.


Memanglah sukar untuk mengawal kemasukan orang luar yang kita sendiri tidak pasti tujuan sebenar mereka datang. Ramai yang ditangkap kerana melacur. Yang menjadikan rakyat tempatan sebagai pengedar dadah antarabangsa pun kebanyakanya dari luar. Itu belum lagi PATI yang berduyun2 memasuki negara dengan berbagai karenah yang timbul. Satu cara untuk memporakperandakan PATI dan majikan mereka ialah dengan memberi imbuhan secara sulit kepada sesiapa yang memberi maklumat kepada pihak berkuasa bagi setiap tangkapan.


Ironinya bersediakah pihak berkuasa menanganinya. Ternyata ianya menjadi seperti selimut pendek. Tutup kaki kepala terbuka, tutup kepala kaki pula terdedah. Konon2 akan menjejaskan sektor pertanian lah, industri lah, pembinaan dan sebagainya. Yang untung majikan dan agen2 dari luar mahupun dalam negara sendiri. Usaha kita akhirnya hanya menjadi retorik sahaja. Apa tidaknya sebagai contoh setiap kali musim perayaan menyambut Aidifitri, ramai PATI yang berpusu pusu berkumpul dibeberapa tempat tertentu walaupun terpaksa menunggu beberapa hari dan ketika yang sesuai untuk pulang kekampung khususnya orang Indon. Adakah kita tidak tahu perkara ini. Mahu seribu daya.


Orang Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Thailand dan Filifina kita boleh kenal mereka dengan cepat. Tetapi orang China maaf cakap memang sukar di kesan. Mengikut statistik pihak imigresen puluhan ribuan orang China yang berada dinegara kita tidak pulang2 walaupun telah tamat tempoh yang dibenarkan. Memanglah kita menggalakan pelancungan kerana ianya merupakan salah satu sektor penjana ekonomi negara yang semakin berkembang. Tetapi kalau datang tanpa pulang, malang lah kita. Aktiviti pelacuran semakin berani. Di premis2 hiburan, spa, saloon malah direstoran pun ada di antaranya menyajikan perkhidmatan yang sejak zaman berzaman diwarisi orang2 China ini.


Pintu masuk yang sah pun jadi kacau apa lagi yang tidak sah. Pihak berwajib kenalah aware, sensitif dan cepat respon sebagai pre emptive. Takkan lah boleh sewenang2nya spiderman dari Perancis tu panjat menara Petronas tanpa halangan. Orang ramai yang menonton kurang boleh dipersalahkan. Dalam soal ini imigeresen  perlu mendahuluinya. Malulah peralatan computer yang canggih tidak dapat mengesan apa2. Sedangkan dia pernah di tangkap semasa berada ditingkat 60 menara berkenaan. Itu baru seorang spiderman, apa hal dengan unsur2 lain yang lebih licik lagi.


Keselamatan , kedaulatan, keharmonian dan kesatuan bernegara perlu dipertahankan sesuai dengan semangat 1Malaysia.


Dan Nik Aziz terpaksa menarik balik cadangan EGMnya dan menggantikan dengan cadangan  mesyuarat khas apabila melihat test marketnya tidak menjadi. Itu lah ribut dalam cawan. Pihak lain tak payahlah duk menyibuk kerana politik adalah permainan yang ada didalamnya macam2 strategi.


Esok kena pi juga kebun. Hari ini motor punctured.











Saturday, October 24, 2009

berangkatlah sudah

hari ini 24okt 09. sudah separuh perjalanan badin dan mastura ke mekah. sekarang jam 335pm, mungkin mereka diruang udara india. menyorot kembali detik2 mereka nak berangkat dari rumah semalam: azan di laungkan oleh angah, doa di baca oleh along. angah tingkatan satu dan along tingkatan dua. menarik kerana anak2  yang melepaskan pemergian kedua ibu bapa mereka tanpa kekok. itulah peranan didikan yang berkesan. turut berada kami berdua dari perlis, kedua wa dan megi, leh sekelurga, kedua ibu bapa mastura, ayu, ina(dr) dan beberapa jiran mereka. badin sendiri memandu wish dan ayu/ina dgn honda city menuju ke pulau pinang untuk bakal haji bermalam dikomplek haji di sana sebelum bertolak keesokan paginya. kami sama2 beredar tetapi terus balik.


pi kemarin tumpang kereta kak, charade tinggal kat mergong.  singgah rumah leh sat di sg petani dan selepas asar dan minum sikit2 kami bertolak dan sampai sana hampir magrib. yeh yang pada awalnya akan turut serta di sana terpaksa ke airport saja kerana tak sempat. dia on the way balik dari kuala kedah semasa call dia di sg petani. duk ingat2 tak kena kalau tak ikut serta semasa depa nak turun tu. jadi pakat2 lah kami adik beradik pi. so far semua pakat jadi, alhamdulillah.


masa p tu bawa buah betik 6 biji. bagi leh 2 biji,  kak1 biji dan baki untuk depa. badin memang minat sangat dgn buah tu selepas dia buang tonsil. yang tak sakit pun makanlah banyak2 buah ni. kat kebun setakat ni dah berbuah 30 pokok. semasa balik singgah kat gurun minum kopi.  sampai alor star jam 1130 dan sampai kangar jam 1230.


tadi pi kebun. harini  buang daun pisang kering/tua supaya nampak kemas dan bersih. ada 50 pokok semuanya. terdapat 3 pokok dah mula berbuah. seronok berada di kebun. getah pun nampak dah semakin besar kecuali yang baru tanam di belakang kolam, betik dan pisang pun dah berbuah, nyor 6 pokok dahpun lama berbuah. selepas  ni dah ready 20 pokok mempelam harum manis untuk ditanam. 3-4 tahun lagi bolehlah mai kebun makan mempelam, insyaallah.


tengah2 duk menulis ni ada satu call masuk. ana rupanya. takdak kerja lain selain mengadap laptop dan tidur. sempatlah juga advise and remind her to study constantly or otherwise you are wasting everything. this is your last chance for recovering your past failure. study hard to ensure the good results in every exam, never wait until the last minute. dia kata susah. susah  tak susah duk atas diri kita sendiri, mau seribu daya. harap2 pijah pun memberi tumpuan sepenuhnya ke atas baki beberapa  sem yang ada ini. adik pun sedang study dalam bilik dia sepanjang sebulan ini kerana peperiksaan akhir tahun. semoga mereka  semua beroleh kejayaan, amin.


petang ni kiah pi mengaji quran di masjid. mula pukul 3 hingga asar. kak seniah mai habar tadi. katanya lama dah berhenti, ni baru mula balik. eloklah tu.


nik aziz pun nak minta buat egm nak pastikan puak properpaduan diterima atau ditolak. itulah gimik politik beliau. provokasi demi provokasi dilontarkan membuatkan ramai orang kepanasan.


hidup perlu diteruskan. kebun kena pi juga esok kalau takdak hal2 lain.






Tuesday, October 20, 2009

labbaikallah

sabtu lepas 17okt ke kulim ziarah badin dan mastura yang nak ke mekah 24okt ni. pi hanya dgn kiah sebab adik tusyen sampai ke malam. turut bersama setelah pakat2 ialah kak dan wa non dgn megi sama, leh satu keluarga, sg tiang lahhani satu kereta. sampai sana elok time makan nasi. agak petang yeh dgn imah dan baby sampai. imah kerja pagi tu. sambil borak2 ada lah mohon supaya badin berdoa d sana, pakat2 tulis, antara nya minta supaya pak tam cepat kawin. moga2 di makbulkan amin. hampir maghrib kami balik dulu dan yeh yang baru sampai teruskan perbualan.ada juga tiga keluarga kawan badin yang turut ziarah, salah satu nya dari perlis juga.kami sampai perlis jam 10 dan terus ambik adik di rumah alyani di taman kemajuan dan ana bersama dua kawannya di rumah na di kg bakau


mulai isnin sampai rabu ni kiah pi penang, kursus lah katakan tapi tak pandai2 juga. seronok kerja dengan jabatan pelajaran, banyak makan angin, sambil kursus lah tu. kemarin kri singgah rumah sembang2 sementara nak ambik ayah dia dah boleh keluar hospital kangar. tok awang (ayah kri) pun nampak semakin tak sihat, kerap keluar masuk. kali ni doktor kata dia strok tapi tak serious. minggu sudah tok awang ayah tajudin keluar masuk juga. hai minggu tok awang nampak. masa tok awang keluar dan lah juga pi tengok sambil2 tolong angkat barang. kak teh dan mah(mak dan bini kri) pun ada.depa jaga malam tu.


hari ni 20okt pi kebun. dah tiga hari tak pi, last jumaat haritu. hari ni menarah anak getah ada lah 50 pokok. kena buat circle dulu pasai pokok kecik lagi. esok di ikuti dgn racun. lani duk pakai ammo supre (glyphosate). kawasan ini di tanam pada 27rejab iaitui hari israk mikraj bersamaan 20julai09,  ada 113 pokok semuanya dari klon pb350. kawasan agak water logged yang boleh menjejaskan tumbesaran pokok. so selepas ni kena buat better drainage.


lani duk pi kebun dgn motor sebab jalan kurang elok, lagi pula satu tiang letrik tumbang dalam kebun belum di angkat2 lagi oleh tnb. masa pi tadi ada 4-5 biji motor dekat ulu pauh depa cross jalan dan menghala ke changlun secara songsang. dalam kepala mesti budak2 ni nak elak dari road block dkt sempadan kedah perlis. ternyata benar sebab selepas itu depa cross balik. bab road block ni kalau di ingat2 geram juga, penguatkuasa selalu di permainkan dek kerana kelemahan undang2. akan cuba di sentuh diketika yang lain.



Thursday, October 8, 2009

Minggu boring

Akibat ketsana dan parma yang membadai Filifina dan Vietnam sepanjang 2 minggu ini utara Malaya dan beberapa kawasan diMalaysia Timur juga terkena tempiasnya.Hanya sempat meracun tiga hari sahaja@25% saja dari kebun. Hujan memang banyak.Pun begitu earthquake yang menimpa Samoa dan Tonga,Padang di Sumatra dan terbaru di kepulauan Vanuatu tidaklah membawa kesan apa2 kepada Malaysia.

Ada 2  jemputan kahwin dan satu jamuan hari raya sempat dihadiri.Badin dan Mastura akan ke Tanah Suci pada 24okt ini.Semoga mereka mendapat haji yg mabrur.Malam ni mereka hantar kelima2 anak ke Sungai Tiang kerana esoknya ada kursus haji perdana di Dewan Wawasan Jitra dan terpaksa bermalam, pastu balik semula ke Kulim malam ni juga kerana esok bakal jemaah dari Kulim akan dibawa dengan bas ke Jitra. Perit juga tetapi itu lah realiti kehidupan.Ada jalan lurus dan ada yang bengkang bengkok, ada kala susah dan ada kala mudah.

Badan rasa tak selesa sebab tiada aktiviti.Dah tiga hari tak kekebun.Ingat nak pi joging petang ni tapi almaklum sajalah lama dah tinggal.Duk tagak2 habis lagutu saja.Kalau macam ni hari2 boleh jadi biol.

 

Perihal beberapa kelompok orang Indonesia yang tak puas hati terhadap Malaysia kita pada pandangan  mereka ada asasnya juga. Dari kepulauan Sipadan dan Ligitan,  kes pembantu rumah yang didera, Manohara, Pendet dan kes lama Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia masih bermain di kepala. Kita pun tak puas hati juga bila Pulau Batu Putih dapat kat Singapura, kes air dan macam2 lagi. Bila dah marah soal logik dah tak penting lagi. Cumanya panas tak panas bergantung pada peranan media dan pemerentah. Bebas yang keterlaluan boleh merosakan. Dalam negara pun banyak yang tak puas hati terhadap siapa yang memerentah.Sikap buruk sangka boleh membawa kepada matlamat menghalalkan cara yang ternyata sangat tidak bermoral. Di Indonesia puak2 tu sampai nak bawa Bendera ke Malaysia.Buat masa ni kita penaik bendera macam biasa sudah lah.

Duk tinjau2 juga nak beli saham sebuah koperasi, tahun sudah dia bagi 14%.Khabarnya boleh pi sampai 20%.Kalau tak silap koperasi tentera pernah bayar banyak tu. Yang ni wallahualam lah. Minima RM200 dan maksima RM100,000. Tepuk dada tanya hati.

Esok kalau tak hujan nak pi kebun sat. Dah lama dah.

Friday, September 25, 2009

Seminggu Beraya

Sabtu 29ramadan

bersamaan 19sep2009 sampai sg tiang jam130 pm. Giliran raya d sana pula. Menjelang petang Leh (pakcik),Badin(paksu) dan Yeh(uncle)sampai bersama keluarga masing2. Hampir maghrib Zuhrin dan dua2 Wa sampai pula.Kami semua berbuka puasa terakhir untuk tahun ini bersama2. Kesemua yg berhimpun ada 34  orang. Minah(maklang) sakit dan terpaksa beraya d Melaka bersama anak2nya. Lijah(maknjang) pula ke Melaka dulu beraya d sana dgn mertua. Eja dan Hawa dgn anaknya bertolak dari Putrajaya selepas sembahyang raya d sana, malam tu dia kerja. Dia terus ke sg tiang. Begitulah perancangannya.

Pagi raya(ahad)

selepas makan sikit2 ramai2 ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Balik ke rumah sebentar dan beramai2 ke pusara ayah bonda mendoakan kesejahteraan mereka d sana.Sepanjang hari hanya berada d rumah.Mulanya nak ke rumah pakdin tapi celah2 tu orang lain p dulu,nak ke rumah maktih dia pula takdak d rumah.Masa cepat berlalu,jam 11malam eja ngan hawa dan raina sampai.Terpinga2 budak tu,1st time sampai.Malamnya rumah penuh sesak,tidur lintang pukang.Raina entah pukul berapa dia lelap tidur.

Raya kedua(isnin)

jam 10 Yeh n family bertolak balik ke Penang coz malamnya depa nak ke Ipoh pula.Sejam kemudian Badin n family pula menyusul,depa pun nak ke Melaka pula tapi balik Kulim dulu.Eja mula demam kerana tak cukup  tidur agaknya.Celah2 tu dan juga p beraya rumah pakdin dgn Leh.Lepas asar Leh n family pula balik sg petani sebab esoknya depa nak balik Trengganu pula,begitulah bila ada keluarga,kena ejas bagi semuanya kena.Eja demamnya semakin teruk,panas semakin kuat, keputusan d buat kena bawa p klinik juga.Hawa bawa kereta dan kami semua terus bergerak balik.Depa sg tiang rasa sayu sebab kami cepat balik.Apa nak d buatkan sebab eja raya keempat dah nak balik.D Pendang semua klinik tutup.Lepas sembahyang maghrib dekat petronas d situ kami bergerak dan singgah d klinik rakyat Langgar.Kerana terlalu panas air terpaksa d drip.Satu jam juga d situ.Kiah naik dgn depa sambil jaga raina,adik dan ana silih berganti tumpang sekaki.pijah minat kereta lama saja.Jam 11malam sampai d rumah.

Raya ketiga(selasa)

tak banyak aktiviti,eja masih demam.Petang dan juga p beraya rumah bang yob dan rumah chu d kampung guru,kecuali eja yang lain semua p termasuk makcik depa.Malam anis mai dgn khairi dan thaqif.Aktiviti lain tu melayan raina bersama ana,ijah,adik dan tuk dia. Hawa nampak seronok raya d sini.

Raya keempat(rabu)

 paktam dgn gen2 bawa mah,linda,nurul,Zuhrin dan anak2 dia mai.Turut serta maknjang,din dan anak2 serta tuktom untuk pertama kali sampai d sini.Celah2 tu Eja,Hawa dan Raina terpaksa berangkat balik ke Putrajaya kerana esok kerja.Jadi tinggallah kami bertukar2 fikiran dalam banyak hal. Seronok bila dah ramai.Lepas makan nasi dan rehat2, jam 630ptg depa beredar ke mergong pula agaknya,ke rumah kak kut.Malam p raya rumah na dekat kg bakau.Dia jamu bihun dan kuih raya.

Raya kelima(khamis)

Pagi p ambil maria kawan ana d stesen bas. Jam10 p ziarah kubur mertua dgn kiah, semoga Allah menempatkan mereka d kalangan orang2 beriman,amin. Kemudian ke hospital ambik ubat kiah. Lama juga tunggu , orang ramai lah katakan. Petangnya Alyani dgn Khairunnisa kawan adik mai beraya.Depa duduk sampai petang.Depa mai sambut hari jadi adik sama. Itulah sebuah persahabatan yg baik.

Raya keenam(jumaat)

ingat nak p kebun sat tapi tak jadi.Jam 1130am pak chin telepon kata kak miah bini dia dah meninggal.Terkejut juga sebab dua minggu sebelum tu duk sembang elok saja dgn dia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kak miah,amin. Lepas solat jumaat hantar adik p tusyen. Ana, pijah dan maria p rewang2 kat kangar. Kami terus p ziarah bini pakcin d ulu pauh. Balik dari pauh p kangar ambil depa dan p beraya rumah Ila, sampai magrib juga d situ. Kemudian ke rumah Edah pula. Nak p rumah bang mi dia takdak d rumah.

Raya ketujuh(sabtu)

pagi p raya rumah pak lid sat.Lepas asar hantar ana dan maria balik uum.Malamnya jam11 pijah pula balik upm.Tinggallah kami bertiga balik asal seperti biasa,saya,kiah dan eda. Kesunyian kembali terasa. Begitulah putaran kehidupan. Semoga ana dan pijah belajar dgn tekun d uum dan upm dan d lindungi Allah dari segala gejala yg tidak elok dan menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam yg baik,amin.

Kepada eja, hawa dan raina semoga mereka hidup berbahagia aman damai. Kepada adik teruskan usaha belajar sampai ke Jordan. Kiah mula kerja balik lusa dan kebun akan menerima kembali tuannya lusa juga, InsyaAllah.

Bertemu kembali setahun dari sekarang.Wassallam.

 

Thursday, September 17, 2009

18 September 2009

Hari ini 18sep2009 bersamaan 28hari puasa p pasar tani beli daging dan ayam,mahal juga.pastu p
kebun ambil nyor nak bawa p sg tiang,gilir raya d sana kali ni.Sebelum tu p ambil pijah d station bas baru sampai balik dari upm.Semalam p ambil ana d uum.Kewajiban d akhir ramadan iaitu zakat fitrah rm30 bagi 5 orang selesai sebelum jumaat d mesjid tadi.Balik dari kebun tadi sambil2 duk tengok berita suruh pijah load lagu English Medley 1977 oleh penyanyi Taiwan Teresa Teng.Penyanyi ini mati d Chiangmai akibat athma pada1995.                                                                    
                              

Friday, July 3, 2009

Kebunku


Kebun seluas 5.3 relung dulunya ditanam mempelam telah diganti dgn getah klon pb 350 dan rrim 600. Sebanyak 650 pokok telah mencapai 2 tahun.Seratus pokok lagi akan ditanam dalam masa terdekat ini d samping 15 pokok mempelam harum manis untuk tujuan santai bersama keluarga.Terdapat juga 6 batang pokok kelapa yg telah berhasil.Sebuah rumah yg d anggap mewah oleh buruh Indon terletak d tepi kolam yg indah untuk berteduh dan membawa sahabat makan angin.