Thursday, October 8, 2009

Minggu boring

Akibat ketsana dan parma yang membadai Filifina dan Vietnam sepanjang 2 minggu ini utara Malaya dan beberapa kawasan diMalaysia Timur juga terkena tempiasnya.Hanya sempat meracun tiga hari sahaja@25% saja dari kebun. Hujan memang banyak.Pun begitu earthquake yang menimpa Samoa dan Tonga,Padang di Sumatra dan terbaru di kepulauan Vanuatu tidaklah membawa kesan apa2 kepada Malaysia.

Ada 2  jemputan kahwin dan satu jamuan hari raya sempat dihadiri.Badin dan Mastura akan ke Tanah Suci pada 24okt ini.Semoga mereka mendapat haji yg mabrur.Malam ni mereka hantar kelima2 anak ke Sungai Tiang kerana esoknya ada kursus haji perdana di Dewan Wawasan Jitra dan terpaksa bermalam, pastu balik semula ke Kulim malam ni juga kerana esok bakal jemaah dari Kulim akan dibawa dengan bas ke Jitra. Perit juga tetapi itu lah realiti kehidupan.Ada jalan lurus dan ada yang bengkang bengkok, ada kala susah dan ada kala mudah.

Badan rasa tak selesa sebab tiada aktiviti.Dah tiga hari tak kekebun.Ingat nak pi joging petang ni tapi almaklum sajalah lama dah tinggal.Duk tagak2 habis lagutu saja.Kalau macam ni hari2 boleh jadi biol.

 

Perihal beberapa kelompok orang Indonesia yang tak puas hati terhadap Malaysia kita pada pandangan  mereka ada asasnya juga. Dari kepulauan Sipadan dan Ligitan,  kes pembantu rumah yang didera, Manohara, Pendet dan kes lama Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia masih bermain di kepala. Kita pun tak puas hati juga bila Pulau Batu Putih dapat kat Singapura, kes air dan macam2 lagi. Bila dah marah soal logik dah tak penting lagi. Cumanya panas tak panas bergantung pada peranan media dan pemerentah. Bebas yang keterlaluan boleh merosakan. Dalam negara pun banyak yang tak puas hati terhadap siapa yang memerentah.Sikap buruk sangka boleh membawa kepada matlamat menghalalkan cara yang ternyata sangat tidak bermoral. Di Indonesia puak2 tu sampai nak bawa Bendera ke Malaysia.Buat masa ni kita penaik bendera macam biasa sudah lah.

Duk tinjau2 juga nak beli saham sebuah koperasi, tahun sudah dia bagi 14%.Khabarnya boleh pi sampai 20%.Kalau tak silap koperasi tentera pernah bayar banyak tu. Yang ni wallahualam lah. Minima RM200 dan maksima RM100,000. Tepuk dada tanya hati.

Esok kalau tak hujan nak pi kebun sat. Dah lama dah.

No comments:

Post a Comment