Nov 2005 air penuh dalam ruang tamu bawah. Kami tiada dirumah sebab menghantar Linda dan Nurul masuk UITM di Perak. Dua kereta PU4010 danAAQ2220 penuh dimasuki air. Hampir seribu ringgit dibelanja untuk ganti clutch.
Jalan Santan depan rumah
Kini banjir datang lagi dan perlu berhati2 takut perkara sama berulang kembali. Tambahan pula Tajudin tumpang letak kereta anaknya Fazira disini seminggu kerana mereka balik Perak. Masa mereka sampai pada 7nov09 pun air dah penuh longkang dekat jalan besar depan rumah. Ahad 8nov09 air semakin naik dan naik. Jalan Santan depan rumah macam pesta main air. Budak2 muda mundar mandir dengan motosikal, bugitu juga ada yang berkereta tanpa melepaskan peluang meronda. Bebudak kecil basah kuyup main air. Yang menariknya air pun jernih. Cuma semakin keruh bila ianya semakin kehilir kearah jalan Arau/Kangar.
Kami berdua(bersama adik) tak lepas peluang tumpang meronda. Adalah ambil gambar beberapa keping termasuk yang diatas. Sampai dekat Taman Putra Putri hujan turun sangat lebat. Terpaksalah kami berteduh bawah gerai jual nasi lemak Aisyah anak Pakmid. Bila reda sikit kami pi rumah Idah. Air paras lutut dalam rumahnya. Malam tu mereka semua tidur di rumah Anis di Taman Sena. Selepas Isya kereta Fazira, Charade dan AAQ dipindahkan kekawasan surau belakang rumah untuk mengelak sebarang kemungkinan.
Beberapa rumah yang rendah dimasuki air termasuk Putra Putri Lodge yang baru saja dibuka untuk operasi sulungnya. Dulu rumah 10 pintu ini di buat sewa seperti biasa. Difahamkan semua rumah di Taman Putra Putri ini tidak lagi disewa dan akan juga dijadikan Lodge. Taman ini Milik anak beranak DYMM Raja Perlis.
Putra Putri Lodge
Pagi isnin 9nov09 air membanjiri jalan masuk kerumah. Longkang keliling rumah pun dah dipenuhi air. Adik dan Kiah terpaksa ikut jalan belakang ke sekolah dan pejabat. Kawasan garage sempat dibersihkan menggunakan air banjir yang banyak. Lewat tengahari sempat juga pi kebun. On the way didapati air sungai Repuh melimpah, sebelah kiri jalan hala ke Arau dipenuhi air dekat Tanjung Gorah. Kampung sebelahnya terjejas juga.
Petang air mulai surut tapi jalan besar depan rumah masih tak boleh dilalui. Mujur surut, kalau tidak jenuh sinting lengan berdepan banjir.
Hari selasa jalan besar dah boleh dilalui. Kereta2 yang diletak dibelakang dibawa masuk semula ke garaj. Pokok betik yang berbuah lebat tumbang kerana tanah lembut. Buahnya sedap. Ada beberapa biji yang dah tua. Beberapa biji diberi pada makcik Bada dan Kak Seniah.
Itu lah banjir. Seronok ada, risau pun ada. Dan beberapa hari berikutnya cuaca tidak menentu, sering sahaja hujan. Ada kawasan yang dua kali dinaiki air. Cuaca semakin baik semasa Aidiladha dan hari2 berikutnya.
No comments:
Post a Comment