Friday, November 13, 2009

Hai Raina-12 bulan dah kamu


Esok 14nov2009 genap 1 tahun cucu ku Raina. Selamat hari jadi Raina. Ni Maksu pun nak ucap selamat hari jadi. Ni Makngah pn sama gak..hepy besday Raina ..Maktuk pun ucap selamat hari jadi Raina. Maklang duk disana dah. Dia boleh lah dukung Raina.


Maklang duk buat apa di situ. Semalam Wan pi ambil Makngah di UUM. Dia dah habis pereksa sem ni. Hujan lebat sungguh masa dalam perjalanan pi ambil dia. Kawan dia ikut sama. Barang2 Makngah dekat setengah tongkang. Depa nak duduk pun susah. Nasib baik Maktuk dengan Maksu tak pi sama.


Tadi kami pi tengok adik Thaqif. Dah 40 hari pun dia. Cepat masa berlalu. Banjir baru2 ni Thaqif duk berenang rumah Maktuk dia yang masuk air paras pinggang. Rumah wan air tak masuk, cuma setakat longkang saja yang penuh. Wan ada ambil gambar tapi tak tau nak masuk dalam blog ni. Wan tunggu Maklang balik dan dia boleh ajar nak buat macam mana. Nak buat blog pun dia yang ajar.


Raina duk merangkak bawah meja lagi ka. Duk main pondok2 kut disitu. Esok mak Raina pakaikan baju baru lah untuk Raina. Dari jauh Wan, Maktuk, Makngah dan Maksu ucapkan sekali lagi selamat hari jadi, didoakan semoga sentiasa sihat dan berbahagia bersama bapa dan mama Raina. Amin.

No comments:

Post a Comment