Monday, October 26, 2009

Orang luar

Sekarang jam 1038 malam 26okt09. Sambil2 duk tengok 3 Abdul teringat juga nak menulis tetapi belum ada idea. Nak tidur pun dengan umur sekarang ni memang tak akan lena punya. Mau tak mau kena lah juga perah otak cari benda apa nak tulis.


Teringat peristiwa sedih Mat Afrika yang dera/cabul budak 3 tahun sampai mati di Kuala Lumpur baru2 ni. Emak budak tu yang gatal dan bersekedudukan dengan buah hati blacknya itu pada mulanya membuat lapuran palsu ternyata  gagal dan turut dipertanggungjawabkan. Itulah bila nafsu menguasai diri akhirnya ada yang mati.


Kisah PATI dan yang memasuki negara menggunakan pas belajar dan sosial pun perlu di beri perhatian yang serious oleh pihak berkuasa. Jangan nanti bila apa2 terjadi keatas diri sendiri atau saudara mara tersayang barulah kita melenting. Mat Afrika diatas baru berumur 24 tahun dan datang sebagai pelajar. Tapi difahamkan jarang kekelas. Kerjasama IPTS khususnya dalam memantau tingkah laku pelajar luarnya setidak2nya dapat membantu. Jangan lah memikirkan keuntungan semata2.


Memanglah sukar untuk mengawal kemasukan orang luar yang kita sendiri tidak pasti tujuan sebenar mereka datang. Ramai yang ditangkap kerana melacur. Yang menjadikan rakyat tempatan sebagai pengedar dadah antarabangsa pun kebanyakanya dari luar. Itu belum lagi PATI yang berduyun2 memasuki negara dengan berbagai karenah yang timbul. Satu cara untuk memporakperandakan PATI dan majikan mereka ialah dengan memberi imbuhan secara sulit kepada sesiapa yang memberi maklumat kepada pihak berkuasa bagi setiap tangkapan.


Ironinya bersediakah pihak berkuasa menanganinya. Ternyata ianya menjadi seperti selimut pendek. Tutup kaki kepala terbuka, tutup kepala kaki pula terdedah. Konon2 akan menjejaskan sektor pertanian lah, industri lah, pembinaan dan sebagainya. Yang untung majikan dan agen2 dari luar mahupun dalam negara sendiri. Usaha kita akhirnya hanya menjadi retorik sahaja. Apa tidaknya sebagai contoh setiap kali musim perayaan menyambut Aidifitri, ramai PATI yang berpusu pusu berkumpul dibeberapa tempat tertentu walaupun terpaksa menunggu beberapa hari dan ketika yang sesuai untuk pulang kekampung khususnya orang Indon. Adakah kita tidak tahu perkara ini. Mahu seribu daya.


Orang Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Thailand dan Filifina kita boleh kenal mereka dengan cepat. Tetapi orang China maaf cakap memang sukar di kesan. Mengikut statistik pihak imigresen puluhan ribuan orang China yang berada dinegara kita tidak pulang2 walaupun telah tamat tempoh yang dibenarkan. Memanglah kita menggalakan pelancungan kerana ianya merupakan salah satu sektor penjana ekonomi negara yang semakin berkembang. Tetapi kalau datang tanpa pulang, malang lah kita. Aktiviti pelacuran semakin berani. Di premis2 hiburan, spa, saloon malah direstoran pun ada di antaranya menyajikan perkhidmatan yang sejak zaman berzaman diwarisi orang2 China ini.


Pintu masuk yang sah pun jadi kacau apa lagi yang tidak sah. Pihak berwajib kenalah aware, sensitif dan cepat respon sebagai pre emptive. Takkan lah boleh sewenang2nya spiderman dari Perancis tu panjat menara Petronas tanpa halangan. Orang ramai yang menonton kurang boleh dipersalahkan. Dalam soal ini imigeresen  perlu mendahuluinya. Malulah peralatan computer yang canggih tidak dapat mengesan apa2. Sedangkan dia pernah di tangkap semasa berada ditingkat 60 menara berkenaan. Itu baru seorang spiderman, apa hal dengan unsur2 lain yang lebih licik lagi.


Keselamatan , kedaulatan, keharmonian dan kesatuan bernegara perlu dipertahankan sesuai dengan semangat 1Malaysia.


Dan Nik Aziz terpaksa menarik balik cadangan EGMnya dan menggantikan dengan cadangan  mesyuarat khas apabila melihat test marketnya tidak menjadi. Itu lah ribut dalam cawan. Pihak lain tak payahlah duk menyibuk kerana politik adalah permainan yang ada didalamnya macam2 strategi.


Esok kena pi juga kebun. Hari ini motor punctured.











No comments:

Post a Comment