Saturday, October 24, 2009

berangkatlah sudah

hari ini 24okt 09. sudah separuh perjalanan badin dan mastura ke mekah. sekarang jam 335pm, mungkin mereka diruang udara india. menyorot kembali detik2 mereka nak berangkat dari rumah semalam: azan di laungkan oleh angah, doa di baca oleh along. angah tingkatan satu dan along tingkatan dua. menarik kerana anak2  yang melepaskan pemergian kedua ibu bapa mereka tanpa kekok. itulah peranan didikan yang berkesan. turut berada kami berdua dari perlis, kedua wa dan megi, leh sekelurga, kedua ibu bapa mastura, ayu, ina(dr) dan beberapa jiran mereka. badin sendiri memandu wish dan ayu/ina dgn honda city menuju ke pulau pinang untuk bakal haji bermalam dikomplek haji di sana sebelum bertolak keesokan paginya. kami sama2 beredar tetapi terus balik.


pi kemarin tumpang kereta kak, charade tinggal kat mergong.  singgah rumah leh sat di sg petani dan selepas asar dan minum sikit2 kami bertolak dan sampai sana hampir magrib. yeh yang pada awalnya akan turut serta di sana terpaksa ke airport saja kerana tak sempat. dia on the way balik dari kuala kedah semasa call dia di sg petani. duk ingat2 tak kena kalau tak ikut serta semasa depa nak turun tu. jadi pakat2 lah kami adik beradik pi. so far semua pakat jadi, alhamdulillah.


masa p tu bawa buah betik 6 biji. bagi leh 2 biji,  kak1 biji dan baki untuk depa. badin memang minat sangat dgn buah tu selepas dia buang tonsil. yang tak sakit pun makanlah banyak2 buah ni. kat kebun setakat ni dah berbuah 30 pokok. semasa balik singgah kat gurun minum kopi.  sampai alor star jam 1130 dan sampai kangar jam 1230.


tadi pi kebun. harini  buang daun pisang kering/tua supaya nampak kemas dan bersih. ada 50 pokok semuanya. terdapat 3 pokok dah mula berbuah. seronok berada di kebun. getah pun nampak dah semakin besar kecuali yang baru tanam di belakang kolam, betik dan pisang pun dah berbuah, nyor 6 pokok dahpun lama berbuah. selepas  ni dah ready 20 pokok mempelam harum manis untuk ditanam. 3-4 tahun lagi bolehlah mai kebun makan mempelam, insyaallah.


tengah2 duk menulis ni ada satu call masuk. ana rupanya. takdak kerja lain selain mengadap laptop dan tidur. sempatlah juga advise and remind her to study constantly or otherwise you are wasting everything. this is your last chance for recovering your past failure. study hard to ensure the good results in every exam, never wait until the last minute. dia kata susah. susah  tak susah duk atas diri kita sendiri, mau seribu daya. harap2 pijah pun memberi tumpuan sepenuhnya ke atas baki beberapa  sem yang ada ini. adik pun sedang study dalam bilik dia sepanjang sebulan ini kerana peperiksaan akhir tahun. semoga mereka  semua beroleh kejayaan, amin.


petang ni kiah pi mengaji quran di masjid. mula pukul 3 hingga asar. kak seniah mai habar tadi. katanya lama dah berhenti, ni baru mula balik. eloklah tu.


nik aziz pun nak minta buat egm nak pastikan puak properpaduan diterima atau ditolak. itulah gimik politik beliau. provokasi demi provokasi dilontarkan membuatkan ramai orang kepanasan.


hidup perlu diteruskan. kebun kena pi juga esok kalau takdak hal2 lain.






No comments:

Post a Comment