sabtu lepas 17okt ke kulim ziarah badin dan mastura yang nak ke mekah 24okt ni. pi hanya dgn kiah sebab adik tusyen sampai ke malam. turut bersama setelah pakat2 ialah kak dan wa non dgn megi sama, leh satu keluarga, sg tiang lahhani satu kereta. sampai sana elok time makan nasi. agak petang yeh dgn imah dan baby sampai. imah kerja pagi tu. sambil borak2 ada lah mohon supaya badin berdoa d sana, pakat2 tulis, antara nya minta supaya pak tam cepat kawin. moga2 di makbulkan amin. hampir maghrib kami balik dulu dan yeh yang baru sampai teruskan perbualan.ada juga tiga keluarga kawan badin yang turut ziarah, salah satu nya dari perlis juga.kami sampai perlis jam 10 dan terus ambik adik di rumah alyani di taman kemajuan dan ana bersama dua kawannya di rumah na di kg bakau
mulai isnin sampai rabu ni kiah pi penang, kursus lah katakan tapi tak pandai2 juga. seronok kerja dengan jabatan pelajaran, banyak makan angin, sambil kursus lah tu. kemarin kri singgah rumah sembang2 sementara nak ambik ayah dia dah boleh keluar hospital kangar. tok awang (ayah kri) pun nampak semakin tak sihat, kerap keluar masuk. kali ni doktor kata dia strok tapi tak serious. minggu sudah tok awang ayah tajudin keluar masuk juga. hai minggu tok awang nampak. masa tok awang keluar dan lah juga pi tengok sambil2 tolong angkat barang. kak teh dan mah(mak dan bini kri) pun ada.depa jaga malam tu.
hari ni 20okt pi kebun. dah tiga hari tak pi, last jumaat haritu. hari ni menarah anak getah ada lah 50 pokok. kena buat circle dulu pasai pokok kecik lagi. esok di ikuti dgn racun. lani duk pakai ammo supre (glyphosate). kawasan ini di tanam pada 27rejab iaitui hari israk mikraj bersamaan 20julai09, ada 113 pokok semuanya dari klon pb350. kawasan agak water logged yang boleh menjejaskan tumbesaran pokok. so selepas ni kena buat better drainage.
lani duk pi kebun dgn motor sebab jalan kurang elok, lagi pula satu tiang letrik tumbang dalam kebun belum di angkat2 lagi oleh tnb. masa pi tadi ada 4-5 biji motor dekat ulu pauh depa cross jalan dan menghala ke changlun secara songsang. dalam kepala mesti budak2 ni nak elak dari road block dkt sempadan kedah perlis. ternyata benar sebab selepas itu depa cross balik. bab road block ni kalau di ingat2 geram juga, penguatkuasa selalu di permainkan dek kerana kelemahan undang2. akan cuba di sentuh diketika yang lain.
No comments:
Post a Comment